Thursday, January 13, 2011

Seminar Kebangsaan Isu-Isu Sosial 2011





















BANDAR SERI BEGAWAN, 11 Jan - Negara Brunei Darussalam sejak mengecap kemerdekaan telah melaksanakan pelbagai rancangan pembangunan negara bermatlamat untuk memperbaiki taraf kehidupan masyarakat.

Di samping itu pelbagai sistem dan struktur perkhidmatan, prasarana dan organisasi telah dan sedang diperluas serta diperbaiki supaya keberkesanannya terjamin dan berterusan terutama dari segi meningkatkan kesejahteraan sosial masyarakat.

Namun begitu, Brunei seperti negara lain, tidak terkecuali dari menghadapi pelbagai isu sosial yang disebabkan oleh perubahan sosial dan budaya serta kesan daripada pembangunan yang kurang seimbang.

Di antara isu sosial yang berlaku adalah fenomena seperti devian (berperangai menyimpang), delinkuen (bersikap melanggar undang-undang) dan jenayah di mana fenomena berkenaan merupakan tingkah laku yang bertentangan dengan agama, budaya dan undang-undang sesebuah negara.

Bagi menangani masalah berkenaan, pelbagai pihak telah berusaha secara bersepadu untuk membentuk kawalan sosial dan membendung masalah itu daripada terus berleluasa.

Sehubungan itu, Majlis Tertinggi Melayu Islam Beraja menganjurkan Seminar Kebangsaan Isu-Isu Sosial pada 12 dan 13 Januari yang akan berlangsung di Dewan Canselor Universiti Brunei Darussalam.

Seminar dua hari yang dikelolakan bersama oleh Biro Mencegah Rasuah (BMR), Jabatan Perdana Menteri dan Akademi Pengajian Brunei, Universiti Brunei Darussalam itu membawa tema, Menuju Masyarakat Bersih, bertujuan untuk menemukan para pakar bagi membincangkan isu-isu terkini bagi mencari jalan untuk mewujudkan masyarakat yang bersih dan bebas daripada masalah sosial.

Seminar itu mempunyai matlamat untuk mendedahkan peserta seminar mengenai isu dan masalah sosial terkini, menyediakan wadah perbincangan dan perkongsian maklumat sesama peserta dari dalam dan luar negara serta mewujudkan kesedaran masyarakat mengenai isu dan masalah sosial.

Seminar turut bermatlamat untuk mencari penyelesaian dan merumuskan resolusi yang terbaik bagi masalah-masalah sosial yang dihadapi dan untuk menerbitkan buku yang disunting hasil dari kertas-kertas kerja yang akan dibentangkan dalam seminar dua hari berkenaan.

Seminar akan menumpukan perbincangan kepada isu-isu sosial dan cara bagi mengatasi isu berkenaan sehingga menjadikan masyarakat negara lebih bersih dari tingkah laku yang menyeleweng, delinkuen dan jenayah.

Seminar dua hari itu dijadualkan untuk dirasmikan oleh Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman.

Seminar akan mengetengahkan pembentangan kertas kerja oleh pensyarah dan tokoh penting Brunei dan luar negara di mana menurut program seminar akan menyaksikan pembentangan kertas-kertas kerja utama bertajuk, Isu-Isu Sosial di Negara Brunei Darussalam yang akan dibentangkan oleh Timbalan Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Datin Hajah Adina Othman dan pembentangan kertas kerja utama oleh Ketua Pesuruhjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Datuk Abu Kassim Mohamed. (Artikel diambil dari Media Permata Online)


- Posted using BlogPress from my iPhone

Location:UBD

Share

Tuesday, January 11, 2011

Jerayawara BKK










Pada 10 Jan 2011, BKK telah mengadakan jerayawara bagi kawasan Tutong I & II di dewan SR Keriam Tutong II. Turut hadir ialah Guru-guru besar, guru-guru kanan akademik dan guru-guru bimbingan dari kawasan Tutong I & II. Fasilitator terdiri dari pegawai-pegawai BKK telah menerangkan beberapa aktiviti bagi tahun 2011 yang akan dikendalikan oleh BKK diantaranya ialah Koir Anti Dadah, Pertandingan KTM (Kumpulan Tunas Mekar), Powerpoint Presentation dan Drama Sketsa.


- Posted using BlogPress from my iPhone

Location:SR Keriam Tutong II

Share

Tuesday, July 6, 2010

Semi Kem PSR 2010

Pada 30 Jun 2010, guru-guru bimbingan kawasan Tutong II dengan sokongan penuh dari Bahagian Kaunseling dan Kerjaya, telah mengungkayahkan acara yang julung kalinya diadakan iaitu Semi Kem PSR yang mana ianya dikendalikan seratus peratus dari guru-guru bimbingan kawasan Tutong II sendiri. Acara itu bertempat di Dewan Kemasyarakatan Tutong berdekatan tamu Tutong bermula dari jam 8.00 pagi hingga 11.30 pagi.

Acara dimulakan dengan bacaan surah Al Fatihah dan doa selamat dari salah seorang murid dari SR Tumpuan Telisai diikuti dengan ucapan alua-aluan dari pengerusi guru-guru bimbingan kawasan Tutong II dan ucapan dari tetamu kehormat iaitu Cikgu Haji Yahya Bin Haji Abdul Rahman. Acara diteruskan dengan bacaan ikrar dari salah seorang murid dari SR PKN Bukit Beruang, aktiviti senam aerobik, beberapa aktiviti ice-breaking dan 3 ceramah motivasi yang bertajuk "Menuju Puncak", "Apakan ku buat di rumah ah?" dan "Peta Minda".













Share

Thursday, May 20, 2010

Bengkel Lanjutan Bagi Guru-Guru Bimbingan Sekolah-Sekolah Rendah Seluruh Negara

Pada 19 Mei 2010, Unit Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling Sekolah Rendah telah mengadakan bengkel lanjutan bagi guru-guru bimbingan sekolah rendah kawasan Tutong dan Belait (sesi pertama). Ianya diadakan di Dewan Sekolah Rendah Sungai Liang, Seria.






Cikgu Hjh Pasah Bt Hj Ahmad menyampaikan tajuk "Inventori Masalah Murid" manakala
tajuk "Program 'B' Fokus" telah disampaikan oleh Cikgu Hj Shahdani Bin Hj Asmat.
Share

Wednesday, April 21, 2010

"Leaflet" Peta Minda







Share

"Leaflet" Kemahiran Belajar - Membina Matlamat







Share
 

blogger templates | Make Money Online